Saya ingin berkongi artikel ini dengan rakan-rakan saya, baik Islam mahupun Kristian. Semoga ia dapat membawa kebaikan bersama InsyaAllah.
Perjanjian Rasulullah dengan Orang Kristian pada 628 Masihi
Oleh Dr. Muqtedar Khan
Pengarah Pengajian Islam di University of Delaware dan felo Institute for Social Policy and Understanding
Diterjemah oleh Abdullah Mohd Nawi
Pensyarah
Jabatan Bahasa Moden
Universiti Teknologi Malaysia
Bilangan masyarakat Islam dan Kristian jika digabungkan menjadi 50 peratus dari penduduk Bumi ini. Jika mereka hidup dalam aman dan damai nescaya keamanan separuh dunia terus dapat dicapai. Salah satu cara yang dapat kita ambil untuk memajukan keharmonian Islam-Kristian ialah dengan berkongsi cerita dan berita yang baik bersama, dan menjauhkan diri dari cubaan untuk mengkeji, menuduh dan mencela antara satu sama lain (mutual demonization).
Di dalam artikel ini, saya ingin mencuba untuk mengingatkan kedua-dua masyarakat, baik Islam atau Kristian, tentang suatu perjanjian yang telah dimenterai oleh Nabi Muhammad (s.a.w) dan orang Kristian. Pengetahuan tentang perjanjian ini boleh mendatangkan suatu impak yang begitu besar terhadap kelakuan orang Islam terhadap orang Kristian. Ini adalah kerana seorang Muslim akan mencuba sedaya upaya untuk menghormati perilaku/sunnah Nabi (s.a.w) dan mencuba untuk mengamalkannya dalam kehidupan harian.
Pada tahun 628 Masihi, sebuah delegasi dari Biara St. Catherine telah berjumpa dengan Nabi Muhammad (s.a.w) dan meminta perlindungan baginda. Rasulullah (s.a.w) menjawab dengan memberikan mereka piagam hak-hak, yang akan saya salinkan sepenuhnya di bawah. Biara St. Catherine terletak di kaki Gunung Sinai [di Israel] dan merupakan biara tertua di dunia. Di situ terletak koleksi manuskrip-manuskrip yang amat besar, dan hanya Vatican [di Rom] mempunyai koleksi yang dapat menandinginya. Biara St. Catherine merupakan tapak warisan dunia (world heritage site), dan mempunyai koleksi ikon-ikon Kristian yang tertua di dunia. Ia merupakan suatu gedung harta sejarah peradaban Kristian yang telah selamat di bawah lindungan peradaban Islam selama 1 400 tahun.
Perjanjian kepada Biara St. Catherine:
“Ini ialah utusan daripada Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian kepada mereka yang mengamalkan agama Kristian, samada dekat atau jauh, kami bersama mereka. Sesungguhnya aku dan pengikutku melindungi mereka, kerana mereka adalah rakyatku [rakyat Tamadun Islam]; dan demi Allah! Aku menjauhkan dari mereka apa yang mereka tidak senangi. Tiada paksaan akan dikenakan ke atas mereka. Tidaklah juga hakim-hakim mereka dipaksa meninggalkan pekerjaan mereka, dan tidak juga rahib-rahib mereka dipaksa meninggalkan biara. Tiada siapa pun dibenarkan untuk memusnahkan rumah [ibadat] dalam agama mereka, atau mendatangkan kerosakan, atau membawa apa-apa dari mereka untuk diletakkan di rumah orang Islam. Barangsiapa yang berbuat demikinan, nescaya dia telah melanggar perjanjian Allah dan ingkar dengan Rasul-Nya. Sesungguhnya mereka [orang Kristian] adalah sekutuku (my allies) dan mempunyai piagamku melindungi mereka daripada apa yang mereka benci. Tiada siapa akan memaksa mereka untuk berpindah atau memaksa mereka untuk berperang [untuk orang Islam]. Jika seorang perempuan Kristian dikahwinkan kepada lelaki Muslim, perkahwinan ini hanya akan berlaku dengan izinnya [si perempuan Kristian]. Tidaklah dia [si perempuan Kristian] dihalang daripada bersembahyang [secara Kristian] di gereja. Gereja mereka [orang Kristian] seharusnya dihormati. Tidaklah mereka [orang Kristian] dihalang daripada memperbaiki gereja merekan dan tidaklah mereka dihalang kesucian biara mereka. Tiada seorang Muslim akan ingkar kepada perjanjian ini sehinggalah Hari Terakhir (Hari Kiamat)”.
Ayat pertama dan terekhir perjajnjian ini amatlah penting. Ayat-ayat ini membuatkan perjanjian ini universal dan abadi. Nabi Muhammad (s.a.w) menegaskan bahawa orang Islam adalah bersama orang Kristian dekat mahupun jauh, dan dengan itu menyangkal kemungkinan piagam ini dihadkan kepada Biara St. Catherine sahaja. Dengan mengarahkan orang Islam supaya mematuhi perjanjian ini sehingga Hari Kiamat, piagam ini juga menyangkal kemungkinan keistimewaan ini ditarik balik pada masa akan datang. Hak-hak ini tidak dapat dilucutkan. Rasulullah (s.a.w) menamakan kesemua orang Kristian sebagai sekutunya dan baginda menyamakan kezaliman ke atas orang Kristian sebagai mengingkari perjajian Allah S.W.T.
Suatu aspek yang harus dilihat dalam piagam ini ialah ia tidak mengenakan apa-apa syarat kepada orang Kristian untuk menikmati keistimewaan. Adalah cukup sekadar menjadi orang Kristian. Mereka tidak dipaksa untuk menukar kepercayaan mereka, membayar apa-apa [untuk mendapatkan keistimewaan ini], dan tidak mempunyai apa-apa kewajipan [untuk mendapatkan keistimewaan ini]. Ia adalah piagam tanpa paksaan!
Utusan ini bukanlah suatu perjanjian hak asasi manusia yang moden, akan tetapi walaupun ia telah ditulis pada tahun 628 Masihi, ia dengan jelas melindungi hak ke atas harta benda, kebebasan beragama, kebebasan bekerja dan keselamatan kendiri.
Saya tahu kebanyakan pembaca yang budiman akan berfikir, “Jadi?”. Jawapannya adalah mudah. Sesiapa yang bertujuan untuk mendatangkan konflik orang Islam dan orang Kristian, mereka akan menumpukan perhatian mereka terhadap isu-isu yang memecah-belahkan, dan akan menekankan konflik. Akan tetapi, apabila sumber seperti perjanjian Rasulullah (s.a.w) kepada orang Kristian dapat dimajukan dan diberikan perhatian, ia akan membina jambatan [antara orang Islam dan Kristian]. Ia akan memberikan inspirasi kepada orang Islam untuk meninggalkan sifat yang tidak toleran yang akan mendatangkan kemusnahan kepada persepsi orang Kristian yang kemungkinan mempunyai perasaan takut terhadap agama Islam ataupun kaum Muslimin.
Apabila saya melihat sumber-sumber Islamiyah, saya mendapati di dalam mereka contoh-contoh toleransi agama dan sikap keterbukaan yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Sumber-sumber ini membuatkan saya ingin menjadi seorang yang lebih baik. Pada pendapat saya, kapasiti untuk mencari kebaikan mahupun keburukan terkandung dalam kita semua. Apabila kita menghalang sifat kita yang mencari kebaikan dalam orang lain, kita sebenarnya menghalang sifat kita sebagai manusia. Pada musim percutian ini, saya harap kita semua dapat mencari sesuatu yang positif dan yang layak dihargai dalam nilai-nilai, budaya dan sejarah orang lain.
Oleh Dr. Muqtedar Khan
Pengarah Pengajian Islam di University of Delaware dan felo Institute for Social Policy and Understanding
Rujukan:
Comments
It's been a long time since I've checked up my Blogger dashboard that I almost forget this blog existed and been my regular excursion spot in blogsphere..
Thanks for this article. First time I read about it. It sure give certain angle of insight in this matter of tolerance which is sadly lacking nowadays.
Such was my intention.. I just hope this article has contributed in some way or another to help overcome what is happening out there..